APRIL 2023

Tolak Politik Ekstrem


KUCHING: Sikap mudah percaya dan terpengaruh dengan ideologi luar boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, terdapat segelintir pihak terlalu ekstrem dengan membawa ideologi serta sikap negatif yang tidak membawa kebaikan kepada masyarakat.

“Kita bersyukur kerana Sarawak masih mengamalkan perpaduan dan semangat tolong-menolong. Beginilah keadaan kita di Sarawak, kekal aman dan damai.

“Politik kita stabil dan tidak kelam kabut kerana perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya semasa Program Iftar Jamaie Ramadan Jati, di Kafe Parimpan di sini.

Berhubung program berkenaan, Awang Tengah berkata, ia untuk meraikan seramai 118 anak-anak yatim termasuk keluarga asnaf dan ibu tunggal berasal dari Lawas dan kini menetap di Kuching.

Sumber dari : Jiwa Bakti